Dakwaan emas ditebus palsu, polis terima empat laporan

17 Mac 2026, 7:23 AM
Dakwaan emas ditebus palsu, polis terima empat laporan

SHAH ALAM, 17 MAC: Polis menerima empat laporan berkaitan dakwaan emas ditebus semula palsu melibatkan sebuah francais kedai pajakan terkenal di Sungai Besi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata dua laporan dibuat pada 10 Mac oleh dua lelaki tempatan iaitu pembeli surat pajakan dan pemilik emas.

"Manakala dua lagi laporan dibuat oleh pengurus francais kedai pajakan itu pada 11 dan 13 Mac lalu.

"Siasatan mendapati pengadu menggadaikan 19 keping bar emas bernilai kira-kira RM225,530 antara 28 Julai 2025 hingga 3 September 2025," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pada 10 Mac lalu, pengadu mendakwa emas yang ditebus semula adalah palsu.

"Pihak kedai pajakan membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan itu.

"Laporan utama dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM) memandangkan aspek pelesenan dan penyelarasan operasi premis terbabit adalah di bawah kawal selia BNM manakala laporan lain dirujuk bersama," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619