150 pelajar B40 terima sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan KOSMA

16 Mac 2026, 6:06 AM
150 pelajar B40 terima sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan KOSMA
150 pelajar B40 terima sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan KOSMA

SHAH ALAM, 16 MAC: Seramai 150 pelajar kurang berkemampuan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 16 di sini menerima sumbangan Aidilfitri daripada Yayasan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) hari ini.

EXCO Belia Mohd Najwan Halimi menyeru lebih banyak syarikat mencontohi KOSMA dengan menyalurkan sumbangan melalui tanggungjawab sosial korporat bagi meringankan beban golongan memerlukan membuat persiapan menyambut hari lebaran.

EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berucap sempena majlis penyampaian bantuan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Shah Alam Seksyen 16 pada 16 Mac 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Program bersama Yayasan KOSMA ini bukan sahaja meringankan beban keluarga malah turut menceriakan anak-anak dengan menyediakan bantuan yang diperlukan bagi persiapan menyambut Aidilfitri.

“Saya juga mengalu-alukan mana-mana syarikat yang ingin menyalurkan sumbangan melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu golongan B40 menghadapi perayaan dengan lebih ceria,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan penyerahan sumbangan Aidilfitri beserta bantuan persekolahan daripada Yayasan KOSMA kepada pelajar di SK Seksyen 16.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan KOSMA Dato’ Zamri Mohamed, berkata sumbangan keseluruhan berjumlah RM30,000 itu turut memberi manfaat kepada 107 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Pengerusi KOSMA Dato' Zamri Mohamed berucap sempena majlis penyampaian bantuan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Shah Alam Seksyen 16 pada 16 Mac 2026. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Yayasan KOSMA komited untuk terus meneruskan usaha membantu golongan memerlukan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami,” tambahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619