Pendaftaran TUNAS dibuka hari ini, dapatkan subsidi yuran RM50 sebulan

16 Mac 2026, 3:41 AM
Pendaftaran TUNAS dibuka hari ini, dapatkan subsidi yuran RM50 sebulan

SHAH ALAM, 16 MAC: Pendaftaran Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) bagi sesi 2026 kini dibuka, memberikan peluang kepada ibu bapa untuk mendapatkan subsidi yuran tadika bagi anak mereka.

Skim yang dilaksana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) itu menawarkan bantuan RM50 sebulan yang disalurkan terus kepada tadika berdaftar, bagi meringankan beban kos pendidikan awal kanak-kanak.

Skim TUNAS terbuka kepada anak berumur lima dan enam tahun, dengan syarat ibu atau bapa merupakan pengundi berdaftar di Selangor serta anak lahir atau bermastautin di negeri ini.

Pemohon juga perlu mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 dan anak berdaftar di tadika yang diiktiraf Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional atau KEMAS.

Dokumen diperlukan termasuklah:

  • Sijil Kelahiran anak

  • MyKad ibu/bapa

  • MyKad/Pasport pasangan

  • Salinan SPR ibu/bapa

  • Surat perakuan anak angkat / cerai / sijil kematian / pengesahan ibu tunggal (jika perlu)

  • Slip gaji terkini pemohon dan pasangan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri

  • Slip pendaftaran tadika / resit yuran

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang tunas.yawas.com.my.

Belanjawan Selangor 2026 memperuntukkan RM2 juta untuk skim ini, dijangka memberi manfaat kepada 3,700 kanak-kanak berumur lima dan enam tahun melalui subsidi RM50 sebulan.

Skim TUNAS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619