Jumlah pelatih PLKN 3.0 siri 2 ditambah, semakan boleh dibuat esok

15 Mac 2026, 2:37 PM
Jumlah pelatih PLKN 3.0 siri 2 ditambah, semakan boleh dibuat esok
Jumlah pelatih PLKN 3.0 siri 2 ditambah, semakan boleh dibuat esok
Jumlah pelatih PLKN 3.0 siri 2 ditambah, semakan boleh dibuat esok
Jumlah pelatih PLKN 3.0 siri 2 ditambah, semakan boleh dibuat esok
Jumlah pelatih PLKN 3.0 siri 2 ditambah, semakan boleh dibuat esok

KUALA LUMPUR, 15 MAC: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan meningkatkan kuota pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 bagi Siri 2 2026 susulan penambahan sebuah lagi pusat latihan.

Ketua Pengarah JLKN Datuk Ya'cob Samiran dalam kenyataan memaklumkan pelatih boleh membuat semakan menerusi sistem ePLKN 3.0 https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form mulai 1 tengah hari esok.

Beliau berkata penambahan kuota pelatih akan melibatkan penempatan di Kem MALBATT Village, di Port Dickson, Negeri Sembilan dan pelatih terpilih wajib mengesahkan kehadiran menerusi sistem ePLKN 3.0 selewat-lewatnya pada 3 April.

Beliau berkata pemilihan pelatih bagi kuota tambahan itu dilaksanakan secara rawak melalui sistem ePLKN, dengan hampir 600 pelatih akan ditempatkan di kem berkenaan.

“Dengan tambahan Kem MALBATT Village, menjadikan jumlah kem yang beroperasi bagi pelaksanaan PLKN 3.0 untuk Siri 2/2026 kepada tiga, iaitu selepas kem Rejimen 51 Askar Wataniah (AW) Kuala Lumpur dan Rejimen 505 (AW) Pekan, Pahang.

“Pembukaan kem baharu seterusnya akan dilaksanakan secara berperingkat, tertakluk kepada ketersediaan kem yang akan diumumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Ya'cob berkata berdasarkan perancangan, kem MALBATT Village akan menempatkan 350 pelatih lelaki dan 250 pelatih wanita.

“Walaupun pelatih berlainan jantina ditempatkan di kem yang sama, pelaksanaan latihan tetap mengekalkan pengasingan secara menyeluruh mengikut kompeni, termasuk dari segi kawasan penginapan, aktiviti latihan dan pergerakan harian sepanjang program berlangsung.

"JLKN memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa aspek keselamatan, keselesaan dan kebajikan pelatih sentiasa menjadi keutamaan sepanjang tempoh latihan selama 45 hari dijalankan di kem itu," katanya.

PLKN 3.0 Siri 2 2026 berlangsung dari 25 April hingga 8 Jun ini, dengan empat siri latihan PLKN 3.0 dijadualkan tahun ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619