Yayasan tahfiz bakal ditubuh urus aset infak dengan lebih tersusun, telus - EXCO

15 Mac 2026, 9:29 AM
Yayasan tahfiz bakal ditubuh urus aset infak dengan lebih tersusun, telus - EXCO
Yayasan tahfiz bakal ditubuh urus aset infak dengan lebih tersusun, telus - EXCO
Yayasan tahfiz bakal ditubuh urus aset infak dengan lebih tersusun, telus - EXCO
Yayasan tahfiz bakal ditubuh urus aset infak dengan lebih tersusun, telus - EXCO
Yayasan tahfiz bakal ditubuh urus aset infak dengan lebih tersusun, telus - EXCO

SHAH ALAM, 15 MAC: Sebuah yayasan tahfiz bakal ditubuhkan bagi mengurus aset infak sekali gus memastikan sumbangan kepada institusi tahfiz di Selangor diselia dengan lebih baik.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata yayasan yang akan dikendalikan Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (Pitas) itu berfungsi sebagai entiti khusus bagi mengendalikan aset yang diinfakkan kepada institusi tahfiz.

Menurut beliau, penubuhan yayasan berkenaan juga melibatkan peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap infak diurus secara tersusun dan telus.

“Yayasan ini mempunyai lembaga pengurusan sendiri namun Kerajaan Negeri turut terlibat dalam memastikan infak dikawal selia dengan baik. Yayasan ini juga akan berfungsi dari segi pengurusan infrastruktur supaya dapat memberi input kepada kerajaan.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah ditemui media selepas Majlis Perasmian Penutup Ijtima’ Huffaz kali ke-19 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 15 Mac 2026. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

“Selain itu, tabung amanah tahfiz juga bakal ditubuhkan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memudahkan mereka yang ingin menderma diberikan kepada satu pusat sahaja,” katanya ditemui pada majlis perasmian Ijtima’ Huffaz Selangor ke-19 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Ahmad Shahir Makhtar menerima Anugerah Tokoh Pendukung Pendidikan Tahfiz Selangor manakala Mohammar Bokhari Shariff dianugerahkan Tokoh Pendukung Institusi Tahfiz Selangor.

Dalam pada itu, Dr Mohammad Fahmi memaklumkan pihaknya kini dalam proses menjadikan tahfiz Selangor sebagai satu jenama dalam melahirkan generasi celik al-Quran.

“Menjadi hasrat menjadikan tahfiz institusi setaraf dengan sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau swasta.

“Modul pengajaran juga akan diselaras atau mempunyai standard sendiri yang lebih baik. Kita jangka penjenamaan semula ini selesai sebelum menjelang pilihan raya,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619