1,000 penduduk DUN Kota Anggerik terima baucar Aidilfitri RM200

15 Mac 2026, 12:16 AM
1,000 penduduk DUN Kota Anggerik terima baucar Aidilfitri RM200
1,000 penduduk DUN Kota Anggerik terima baucar Aidilfitri RM200
1,000 penduduk DUN Kota Anggerik terima baucar Aidilfitri RM200

SHAH ALAM, 15 MAC: Sebanyak 1,000 baucar Jom Shopping Perayaan bernilai RM200 diagih kepada penduduk berpendapatan rendah (B40) sekitar DUN Kota Anggerik sempena Aidilfitri.

Wakil rakyatnya Mohd Najwan Halimi berkata jumlah baucar berkenaan meningkat berbanding 800 penerima layak tahun lalu susulan peningkatan penduduk di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi bercakap kepada media dalam program penyerahan baucer Jom Shopping Aidilfitri Dun Kota Anggerik di Pasaraya Giant, Seksyen 13, Shah Alam pada 14 March 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

“Ini membolehkan lebih ramai penduduk menerima bantuan sekali gus memudahkan mereka menyediakan kelengkapan untuk menyambut Aidilfitri.

“Bantuan ini memang beri impak kepada masyarakat terutama golongan B40. Dengan nilai RM20 ini, mereka boleh tebus pelbagai barangan keperluan seperti pakaian, makanan,” katanya selepas menyerahkan baucar berkenaan kepada penduduk semalam.

Sementara itu, suri rumah, Asiah Amir berkata sumbangan tersebut digunakan untuk membeli barangan keperluan menyediakan juadah pagi raya.

Suri rumah, Asiah Amir

“Separuh persiapan raya sudah siap. Hari ini nak beli barangan basah saja. Bantuan ini memang meringankan beban makcik sekeluarga dalam keadaan ekonomi sekarang,” katanya.

Warga emas, Mohd Khir Ahmad Din, 77, yang menerima baucar buat kali pertama, berkata nilai RM200 digunakan sepenuhnya untuk membeli barangan raya termasuk produk makanan kering.

Warga emas, Mohd Khir Ahmad Din, 77

“Terima kasih kepada Kerajaan Selangor. Dengan bantuan ini, saya boleh menyediakan barangan raya untuk anak-anak dan cucu yang akan balik berhari raya di rumah.

"Setiap tahun saya juga menerima bantuan warga emas sempena hari lahir, yang turut meringankan kos belanja dapur,” katanya.

Ahli Dewan Negeri DUN Kota Anggerik Najwan Halimi (tengah) bergambar bersama penerima baucar Jom Shopping Aidilfitri DUN Kota Anggerik di Pasaraya Giant, Seksyen 13, Shah Alam pada 14 Mac 2026. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Tahun ini, 38,400 baucar Program Jom Shopping Aidilfitri diagihkan kepada penerima layak di seluruh Selangor, membabitkan peruntukan RM7.68 juta.

EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berkata pengagihan baucar melibatkan 56 DUN bagi membantu golongan sasar membuat persiapan menjelang perayaan.

Tempoh penggunaan baucar turut dilanjutkan sehingga 20 Mac, berbanding tarikh asal 18 Mac, bagi memberi ruang kepada masyarakat Islam membuat persiapan dan berbelanja menjelang Aidilfitri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619