SELANGOR

Selangor catat dua kes baharu Chikungunya

12 Mac 2019, 5:28 AM
Selangor catat dua kes baharu Chikungunya

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 12 MAC : Selangor mencatatkan dua kes baharu chikungunya menjadikan jumlah kumulatif 153 kes sehingga 10 Mac, kata Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, Kampung Baru Tanjung Sepat dan kawasan tambahan Tanjung Sepat dikenal pasti sebagai lokasi hotspot kes terbabit, dengan mencatatkan 103 kes.

Sementara itu, enam lokasi wabak tak terkawal dikenal pasti termasuk Taman Mutiara Zon 1, Taman Mutiara Zon 2, Kampung Kundang, Kampung Tumbuk, Taman Pelangi dan Taman Tanjung.

"Pengambilan sampel akan diteruskan di klinik swasta, Klinik Kesihatan Tanjung Sepat dan hospital.

"Sementara aktiviti kawalan termasuk pendidikan kesihatan dan pengesanan kes chikungunya masih diteruskan.

"Jabatan Kesihatan juga akan masih meneruskan pemantauan dan pengesanan kes baharu di klinik swasta, klinik kerajaan dan Hospital Banting," katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini media melaporkan, Tanjung Sepat di antara daerah tertinggi mencatatkan kes chikungunya dalam negara.

Jumlah kes itu direkodkan bermula dari 29 Januari hingga 7 Februari lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619