Usus sihat, produktiviti meningkat

14 Mac 2026, 6:01 AM
Usus sihat, produktiviti meningkat

Barah usus (kolorektal) merupakan antara barah paling kerap dihidapi khususnya dalam kalangan lelaki dan antara penyumbang utama kematian di Malaysia.

Sebagai barah kedua paling tinggi selepas payudara, hampir 7,150 kes baru dilaporkan pada 2022 iaitu kira-kira 16.2 peratus daripada semua kes baharu baru di negara ini.

Pakar Perunding Onkologi Klinikal Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) Dr Vance Koi Yung Chean berkata penyakit bermula di usus besar (kolon) atau rektum dan biasanya berpunca daripada polip kecil pada dinding usus yang berubah menjadi sel barah secara perlahan-lahan.

Individu berusia 50 tahun ke atas, mempunyai sejarah keluarga barah usus dan golongan muda yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat antara golongan berisiko menghidapi penyakit berkenaan.

Selain pengabaikan gelaja ringan, penyakit ini juga biasanya lewat dikesan (tahap III atau IV), iaitu sekitar 70 peratus selepas saringan kesihatan.

Sembelit dan buasir

Gejala sukar membuang najis atau sembelit juga perlu diberikan perhatian kerana ia boleh menjadi tanda masalah usus yang serius jika tidak dirawat lebih awal.

"Sembelit kronik boleh menjadi tanda masalah usus yang serius, termasuk kewujudan ketumbuhan yang menghalang pergerakan najis. Jika sembelit berlarutan, disertai darah atau sakit perut, pemeriksaan lanjut sangat diperlukan.

"Buasir bukan barah dan tidak bertukar menjadi barah. Namun, simptom buasir (najis berdarah) sering menyerupai gejala barah usus. Pendarahan tidak boleh dianggap buasir semata-mata tanpa pemeriksaan doktor," jelas Dr Vance lagi.

Sekiranya barah pada tahap kronik, antara rawatan yang sesuai termasuklah pembedahan membuang bahagian usus terlibat, kemoterapi, radioterapi (terutamanya barah rektum) dan terapi sasaran (imunoterapi).

Pengesanan awal melalui saringan juga penting untuk meningkatkan peluang rawatan berjaya. Selain itu, masyarakat turut digalakkan menjalani ujian kolonoskopi, mengamalkan diet seimbang tinggi serat, bersenam dan segera bertemu doktor jika mengalami najis berdarah atau perubahan tabiat usus.

Punca

  • Pemakanan tinggi daging merah dan makanan diproses

  • Kurang pengambilan serat

  • Merokok dan pengambilan alkohol

  • Obesiti dan kurang aktiviti fizikal

  • Sejarah keluarga atau faktor genetik

Tanda awal

  • Najis berdarah atau berwarna hitam

  • Perubahan tabiat membuang air besar (sembelit atau cirit-birit berpanjangan)

  • Sakit atau kembung perut berterusan

  • Rasa tidak puas selepas membuang air besar

  • Penurunan berat badan tanpa sebab

  • Keletihan dan pucat (akibat anemia)

Makanan yang sesuai

Pesakit digalakkan:

  • Ambil makanan yang seimbang

  • Minum air secukupnya

  • Kurangkan daging merah dan makanan diproses

  • Ambil protein sihat seperti ikan dan kekacang

  • Ikut nasihat pakar diet klinikal

Saranan doktor

Lakukan

  • Ikut pelan rawatan doktor

  • Amalkan pemakanan sihat

  • Kekal aktif ikut kemampuan

  • Dapatkan sokongan emosi dan mental

Elakkan

  • Elak rawatan perubatan tidak sah

  • Jangan ambil ubat atau suplemen tanpa nasihat doktor

  • Jangan abaikan kesan sampingan rawatan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619