Wanita melecur 70 peratus, kereta terbakar dalam nahas

12 Mac 2026, 10:53 AM
Wanita melecur 70 peratus, kereta terbakar dalam nahas
Wanita melecur 70 peratus, kereta terbakar dalam nahas
Wanita melecur 70 peratus, kereta terbakar dalam nahas
Wanita melecur 70 peratus, kereta terbakar dalam nahas

KUALA LUMPUR, 12 MAC: Seorang wanita melecur kira-kira 70 peratus manakala dua lagi individu cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Tun Razak berhampiran Kelab The Avenue, di sini pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan lapan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.21 pagi.

“Nahas itu membabitkan sebuah kereta jenis Peugeot yang dipandu wanita berkenaan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dinaiki pemandu serta seorang penumpang,” menurut JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataan.

Menurut kenyataan itu, kereta Peugeot berkenaan didapati terbakar 100 peratus manakala pemandunya yang berusia 20-an berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.

“Kebakaran kenderaan tersebut berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 5.32 pagi dan kesemua mangsa diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, insiden berkenaan turut tular di media sosial susulan kesesakan lalu lintas teruk di sekitar lokasi kejadian.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619