Speedy Tigers layak ke Piala Dunia 2026, PM ucap tahniah

8 Mac 2026, 1:42 AM
Speedy Tigers layak ke Piala Dunia 2026, PM ucap tahniah
Speedy Tigers layak ke Piala Dunia 2026, PM ucap tahniah

KUALA LUMPUR, 8 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki lelaki negara atas kejayaan melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 yang akan berlangsung di Belanda dan Belgium.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata pencapaian itu lahir daripada kerja keras, disiplin tinggi serta semangat juang luar biasa yang ditunjukkan oleh para pemain bersama pasukan kejurulatihan.

“Namun saya percaya masih terdapat ruang untuk The Speedy Tigers memperkemas permainan serta meningkatkan prestasi menjelang saingan di pentas Piala Dunia nanti.

“Seluruh rakyat Malaysia pastinya akan memberi sokongan dan dukungan berterusan buat kalian,” katanya.

Skuad hoki lelaki negara tewas 4-5 kepada Jepun pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat pada Kelayakan Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir pada Sabtu.

Bagaimanapun, skuad negara berkemungkinan masih layak ke Piala Dunia Hoki 2026 Belanda-Belgium, apabila ranking dunia semasa menyaksikan Malaysia di tangga ke-15, mengatasi Wales di tangga ke-16 dan Poland di tangga ke-20 yang beraksi dalam penentuan tempat ketiga dan keempat dalam satu lagi pusingan kelayakan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619