Azizulhasni rangkul emas keirin, ketepi pelumba nombor satu dunia

7 Mac 2026, 3:06 PM
Azizulhasni rangkul emas keirin, ketepi pelumba nombor satu dunia

KUALA LUMPUR, 7 MAC: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang membuktikan dirinya masih “berbisa” apabila berjaya merangkul pingat emas acara keirin pada Siri Piala Dunia Berbasikal Trek di Perth, Australia, hari ini.

Pelumba yang diberi julukan “The Pocket Rocketman” itu menampilkan kayuhan bertenaga untuk mengetepikan pelumba nombor satu dunia dari Great Britain, Matthew Richardson di garisan penamat dengan catatan masa 9.862 saat (s).

Pingat gangsa pula menjadi milik pelumba tuan rumah Leigh Hoffman.

Dalam pada itu, nasib berbeza menimpa pelumba muda wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri apabila terkandas di pusingan kedua dalam acara pecut individu.

Nurul Izzah ditewaskan juara Olimpik dari New Zealand Ellesse Andrews.

Seorang lagi pelumba wanita negara Nur Alyssa Mohd Farid pula dikecewakan pelumba China, Yuan Liying dalam acara sama di pusingan kedua.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619