PM tuntut komitmen penjawat awam jayakan aspirasi Malaysia MADANI

6 Mac 2026, 10:57 AM
PM tuntut komitmen penjawat awam jayakan aspirasi Malaysia MADANI
PM tuntut komitmen penjawat awam jayakan aspirasi Malaysia MADANI
PM tuntut komitmen penjawat awam jayakan aspirasi Malaysia MADANI

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut komitmen berterusan daripada seluruh penjawat awam dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI bagi membawa negara ke tahap lebih maju dan berdaya saing.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata usaha itu memerlukan penerapan nilai amanah, integriti serta profesionalisme tinggi, terutama dalam mendepani suasana dunia yang semakin tidak menentu dan mencabar ketika ini.

Beliau membuat gesaan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan bersama warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Mesyuarat ini bagi membincangkan langkah reformasi perkhidmatan awam demi memperkukuh kecekapan tadbir urus serta mutu penyampaian kepada rakyat," katanya dalam catatan itu.

Selain itu, Anwar menegaskan agenda reformasi tersebut terkait rapat dengan penerapan teknologi baharu termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang berpotensi meningkatkan produktiviti.

Ia juga bertujuan mempercepat proses kerja serta memantapkan keupayaan perkhidmatan awam agar lebih responsif, cekap dan berkesan dalam memenuhi keperluan rakyat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619