SELANGOR

Kempen banteras pembakaran terbuka di Johan Setia dilaksana

8 Mac 2019, 7:20 AM
Kempen banteras pembakaran terbuka di Johan Setia dilaksana
Kempen banteras pembakaran terbuka di Johan Setia dilaksana
Kempen banteras pembakaran terbuka di Johan Setia dilaksana

SHAH ALAM, 8 MAC: Kempen 'Banteras Pembakaran Terbuka - Johan Setia' dilaksana sebagai inisiatif mencegah berlakunya kejadian kebakaran ketika cuaca panas ini.

Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, ini kerana Johan Setia adalah kawasan kerap berlaku kebakaran hutan setiap tahun ketika negara berdepan cuaca panas.

Katanya, kempen itu dijalankan Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dengan kerjasama Pejabat Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang (MPK) Zon Sungai Kandis B dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Johan Setia.

"Menerusi kempen ini penduduk bertindak sebagai agen pemberi maklumat berkenaan kegiatan pembakaran terbuka secara ‘on the spot’ menggunakan kaedah laporan ‘STS – Snap, Tag & Send’ menerusi aplikasi Whatsapp.

“Dengan tiga langkah mudah ini, penduduk hanya perlu mengambil gambar pembakaran terbuka (snap) kemudian menanda lokasi Maps (tag) dan hantar (send) kepada nombor kordinator Unit Bertindak kempen ini yang akan dimaklumkan pada bahan kempen,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pejabat Ahli Majlis Zon Sungai Kandis juga akan dijadikan sebagai ‘One Stop Centre’ untuk kegunaan penguatkuasa MPK (Skuad Pantas) dan agensi lain yang turut terlibat dalam menjalankan operasi pemantauan, pencegahan dan pemadaman kebakaran.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619