AS arah warganya tinggalkan Asia Barat segera susulan risiko keselamatan

3 Mac 2026, 1:02 AM
AS arah warganya tinggalkan Asia Barat segera susulan risiko keselamatan
AS arah warganya tinggalkan Asia Barat segera susulan risiko keselamatan

WASHINGTON, 3 MAC: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyatnya segera meninggalkan beberapa negara di Asia Barat susulan risiko keselamatan yang disifatkan sebagai serius.

Menerusi hantaran di platform X yang dipetik CNN, pegawai kanan hal ehwal konsular jabatan itu menyeru rakyat AS agar menggunakan penerbangan komersial yang masih tersedia untuk keluar dari Bahrain, Mesir, Iran, Iraq, Israel, Tebing Barat dan Gaza, Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar, Arab Saudi, Syria, Emiriah Arab Bersatu serta Yaman.

Penolong Setiausaha Hal Ehwal Konsular, Mora Namdar, berkata rakyat AS yang memerlukan bantuan bagi mengatur kepulangan boleh menghubungi talian kecemasan yang disediakan untuk mendapatkan maklumat keselamatan terkini daripada kedutaan atau konsulat AS terdekat.

Gesaan itu dibuat ketika Iran dilaporkan melancarkan beberapa siri serangan di rantau berkenaan, dengan sebahagiannya menyasarkan kepentingan AS sebagai tindak balas terhadap operasi ketenteraan Washington dan Israel.

Beberapa negara terbabit sebelum ini turut menasihatkan rakyat AS berlindung di lokasi masing-masing susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing. – Agensi

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619