Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi ditutup kepada orang ramai hari ini

2 Mac 2026, 2:07 AM
Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi ditutup kepada orang ramai hari ini

KUALA LUMPUR, 2 MAC: Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi akan ditutup kepada orang ramai pada Isnin (2 Mac) berikutan situasi keselamatan serantau yang sedang berlaku.

Kedutaan itu memaklumkan bahawa sepanjang tempoh berkenaan, perkhidmatan konsular secara bersemuka tidak akan disediakan.

“Bagaimanapun, pasukan konsular masih boleh dihubungi melalui e-mel dan telefon bagi memberikan nasihat serta bantuan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular lanjut boleh menghubungi talian +971 50 614 6894 atau e-mel mwabudhabi@kln.gov.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619