Caruman sukarela KWSP cecah RM19.2 bilion, i-Saraan pacu lonjakan 2025

28 Feb 2026, 4:57 AM
Caruman sukarela KWSP cecah RM19.2 bilion, i-Saraan pacu lonjakan 2025

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Caruman sukarela Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus mencatat momentum positif, meningkat kepada RM19.2 bilion pada tahun lepas dengan program i-Saraan menjadi pemacu utama, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn.

Beliau berkata jumlah penerima insentif meningkat 35.9 peratus kepada 720,056 dan jumlah caruman melonjak 50.8 peratus kepada RM4.0 bilion.

“Bilangan ahli sektor formal Malaysia yang mencarum melebihi kadar berkanun melalui i-Topup meningkat 26.0 peratus kepada 229,901.

“Secara keseluruhan, jumlah caruman meningkat 12.3 peratus kepada RM121.5 bilion, disokong oleh pertambahan keahlian, pertumbuhan gaji dan keyakinan yang berterusan terhadap KWSP,” katanya dalam kenyataan susulan pengumuman dividen KWSP 2025 hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619