26 set tren baharu LRT laluan Kelana Jaya dijangka tiba pada 2028

28 Feb 2026, 12:10 AM
26 set tren baharu LRT laluan Kelana Jaya dijangka tiba pada 2028

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Perolehan 26 set tren Transit Aliran Ringan (LRT) baharu oleh Prasarana Malaysia Bhd bagi laluan Kelana Jaya dijangka tiba pada 2028, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata perolehan itu adalah sebahagian daripada strategi Prasarana untuk menstabilkan set-set tren jenis Bombardier 818 Series (tren 818) yang semakin berusia termasuk alat ganti tambahan lebih awal.

Loke berkata perolehan itu juga menyusuli penambahan 27 set tren jenis Bombardier Innovia Metro 300 di bawah program Kuala Lumpur Additional Vehicle 27 atau KLAV27.

“Set tren baharu KLAV27 yang terakhir telah memulakan perkhidmatan pada tahun lepas,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menasihati pihak pengurusan Prasarana supaya lebih proaktif dalam strategi penyelenggaraan dan penyampaian maklumat agar isu melibatkan set tren 818 tidak menenggelamkan penambahbaikan yang telah dilaksana dalam tempoh tiga tahun lepas.

“Saya juga menekankan kepada pihak pengurusan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan adalah perkara yang tidak boleh dikompromi... Prasarana akan mengambil tindakan penambahbaikan terhadap program untuk set tren 818 dan juga pelan kontingensi,” katanya.

Menerusi Belanjawan 2026, kerajaan mengumumkan penggantian 26 tren baharu bagi laluan LRT Kelana Jaya dengan kos RM1 bilion oleh Prasarana bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619