GLOBAL

UCL: FC Porto bangkit singkirkan Roma

7 Mac 2019, 2:27 AM
UCL: FC Porto bangkit singkirkan Roma

OLEH AFIX REDZUAN

GLOBAL, 7 MAC: FC Porto bangkit pada penghujung masa tambahan untuk menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan menewaskan AS Roma, 3-1, di laman sendiri awal pagi tadi.

Walaupun tewas 2-1 pada perlawanan pertama, FC Porto berjaya mengikat agregat 2-2, pada minit ke-26 melalui tampanan Tiquinho hasil lorongan Moussa Marega.

Roma berjaya menjadikan kedudukan 1-1, pada minit ke-37 hasil sepakan penalti Daniele De Rossi.

Masuk babak kedua, giliran Marega kembali meletakkan tuan rumah di hadapan dengan gol kedua, pada minit ke-52 selepas melepasi perangkap 'offside' untuk menampan hantaran Jesus Corona bagi kedudukan 2-1.

Tanpa sebarang jaringan tambahan, perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan 30 minit yang menyaksikan FC Porto dihadiahkan sepakan penalti, pada minit ke-115.

Alessandro Florenzi melakukan kesilapan dengan menarik baju Fernando Santos selepas tayangan semula video bantuan pengadil (VAR) dilakukan pengadil, Cuneyt Cakir.

Alex Telles tidak berdepan masalah menewaskan penjaga gol Roma, Robin Olsen untuk membawa FC Porto ke suku akhir.

Kredit Foto: UEFA Champions League

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619