Trump tarik balik pencalonan Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia

24 Feb 2026, 1:15 PM
Trump tarik balik pencalonan Nick Adams sebagai Duta AS ke Malaysia

SHAH ALAM, 24 FEB: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menarik balik pencalonan kontroversi Nick Adams sebagai Duta Besar AS ke Malaysia, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai pelantikan tersebut.

Bagaimanapun, Adams yang menggelarkan dirinya sebagai seorang 'alpha male' memaklumkan beliau telah dinaikkan ke jawatan baharu yang akan diumumkan dalam masa terdekat, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Trump juga dilaporkan masih belum mencalonkan duta ke Australia meskipun sudah 13 bulan memegang jawatan presiden.

Adams, penyokong tegar gerakan 'Make America Great Again' (MAGA) dan penulis yang pernah berkhidmat sebagai ahli majlis di Sydney, dinamakan sebagai Duta ke Malaysia pada Julai tahun lalu.

Namun, pencalonannya tidak pernah disahkan oleh Senat dan terbatal pada penghujung tahun.

Beliau juga tidak tersenarai dalam senarai panjang pencalonan yang dikemukakan semula kepada Senat pada Januari lalu, termasuk calon duta bagi Hungary, Norway dan Filipina, selain tidak disenaraikan dalam satu lagi senarai yang dihantar bulan ini.

Menurut laporan New Straits Times (NST) yang memetik The Sydney Morning Herald, Adams mengesahkan melalui e-mel bahawa beliau tidak akan menyandang jawatan Duta Besar AS ke Malaysia, namun memberi bayangan mengenai pelantikan baharu yang bakal diumumkan.

Sebelum ini, beberapa pihak di Malaysia turut membantah cadangan pelantikan Adams sebagai duta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619