KWSP umum dividen 2025 Sabtu ini, dijangka cecah hingga 6.5 peratus

24 Feb 2026, 10:53 AM
KWSP umum dividen 2025 Sabtu ini, dijangka cecah hingga 6.5 peratus
KWSP umum dividen 2025 Sabtu ini, dijangka cecah hingga 6.5 peratus
KWSP umum dividen 2025 Sabtu ini, dijangka cecah hingga 6.5 peratus
KWSP umum dividen 2025 Sabtu ini, dijangka cecah hingga 6.5 peratus

SHAH ALAM, 24 FEB: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2025 Sabtu ini.

Ia berdasarkan jemputan media dikeluarkan KWSP yang menyatakan akan mengadakan taklimat mengenai dividen 2025 pada 28 Februari 2026.

Menurut laporan BH baru-baru ini, KWSP dijangka mengagihkan dividen 2025 sekitar 5.8 hingga 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.5 hingga 6.0 peratus bagi Simpanan Shariah.

Perunding Kanan Global Asia Consulting, Samirul Ariff Othman, berkata jangkaan itu sejajar dengan prestasi pendapatan pelaburan sembilan bulan pertama yang kukuh, namun masih tertakluk kepada disiplin realisasi keuntungan dan keperluan rizab jangka panjang dana persaraan itu.

Katanya, kadar jangkaan itu juga adalah munasabah berdasarkan prestasi sembilan bulan serta pendekatan tadbir urus KWSP yang menitikberatkan kelestarian dana, lapor Berita Harian.

Sementara itu, dalam satu laporan media, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan KWSP akan mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025.

Beliau berkata, berdasarkan prestasi KWSP bagi tempoh sembilan bulan 2025, yang merekodkan peningkatan 11 peratus dalam pendapatan pelaburan kasar, dana persaraan itu kekal berada pada landasan untuk pembayaran dividen yang memberangsangkan bagi tahun berkenaan.

KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025, meningkat 11 peratus berbanding RM57.57 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2024.

Jumlah pendapatan pelaburan bagi suku ketiga berakhir 30 September 2025 adalah RM25.07 bilion, meningkat 27 peratus berbanding RM19.67 bilion pada suku sama tahun sebelumnya.

KWSP mengisytiharkan kadar dividen 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah pada 2024.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619