Aliran trafik semua lebih raya utama lancar malam ini

14 Feb 2026, 3:30 PM
Aliran trafik semua lebih raya utama lancar malam ini

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Aliran trafik di semua lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan berada dalam keadaan lancar dan terkawal setakat 9.30 malam ini berbanding sedikit sesak pada sebelah siang tadi.

"Trafik sekarang ini memang lancar di semua arah. Bagaimanapun, kita menjangkakan jumlah kenderaan akan kembali meningkat semula selepas tengah malam ini," kata jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurut jurucakap itu, jangkaan peningkatan trafik selepas pukul 12 tengah malam disebabkan pengguna ingin merebut peluang menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 50 peratus yang ditawarkan selain bagi mengelakkan kesesakan tinggi yang dialami pada sebelah siang.

Selain itu, LLM juga memaklumkan aliran trafik meningkat di beberapa kawasan titik panas (hotspot), namun keadaan keseluruhan masih lagi terkawal.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 dengan pelaksanaan bermula dari 12.01 tengah malam, 14 Feb dan berakhir pada 11.59 malam, 15 Feb.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619