Media Selangor lancar Pelan Strategik 2026, perkasa kebajikan warga kerja

11 Feb 2026, 12:00 PM
Media Selangor lancar Pelan Strategik 2026, perkasa kebajikan warga kerja
Media Selangor lancar Pelan Strategik 2026, perkasa kebajikan warga kerja
Media Selangor lancar Pelan Strategik 2026, perkasa kebajikan warga kerja
Media Selangor lancar Pelan Strategik 2026, perkasa kebajikan warga kerja

KLANG, 11 FEB: Media Selangor melancarkan Pelan Strategik 2026 dengan memberi penekanan terhadap pemerkasaan kebajikan warga kerja sebagai antara fokus utama hala tuju organisasi tahun hadapan.

Pelan berkenaan diumumkan menerusi sesi townhall Media Selangor yang menjadi platform perkongsian visi, perancangan serta sasaran baharu syarikat bersama seluruh warga kerja.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree berkata sesi townhall itu bertujuan menyemarakkan semangat dan motivasi warga kerja dalam mendepani perancangan serta sasaran baharu organisasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Penambahbaikan terhadap terma perkhidmatan dan manfaat kakitangan turut dilaksanakan yang melibatkan penambahan cuti bersalin, ihsan, umrah, haji serta cuti khas ibadah kepada kakitangan yang bukan beragama Islam.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha Media Selangor untuk mewujudkan persekitaran kerja lebih seimbang,” katanya ketika ditemui selepas sesi Townhall dan Perhimpunan Dwibulanan di sini, hari ini.

Mengulas penambahan cuti bersalin dan ihsan, Mohamed Fareed berkata inisiatif itu menunjukkan komitmen Media Selangor memberi ruang kepada ibu bapa mengurus anak, selain membolehkan bapa turut terlibat secara aktif dalam proses pembangunan keluarga.

Sambutan hari lahir bagi kakitangan Media Selangor yang dilahirkan antara Januari hingga Mac turut diadakan selepas sesi Townhall dan Perhimpunan Dwibulanan di Klang pada 11 Februari 2026. — Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Media Selangor berperanan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Media, Publisiti dan Media Digital bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, selain menggalas tanggungjawab sebagai media rasmi Kerajaan Negeri.

Beliau berkata amanah tersebut diharap dapat digalas sebaiknya dengan sokongan penuh seluruh warga kerja bagi memastikan misi SUKMA 2026 dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.

Mohamed Fareed yakin kemampuan warga kerja Media Selangor mampu membawa organisasi melangkah lebih jauh, bukan sahaja sebagai media rasmi Kerajaan Negeri, malah ke arah menjadi antara media utama di Malaysia dalam jangka panjang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619