Bantahan projek pembesaran Pelabuhan Klang: MB sedia bincang dalam MMKN

11 Feb 2026, 9:09 AM
Bantahan projek pembesaran Pelabuhan Klang: MB sedia bincang dalam MMKN

SHAH ALAM, 11 FEB: Isu bantahan projek perluasan Pelabuhan Klang dikemukakan sekumpulan Orang Asli di Sungai Kurau akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dibincangkan dalam masa terdekat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata perkara itu akan dirujuk dalam mesyuarat berkenaan bagi mendapatkan penelitian lanjut Kerajaan Negeri.

“Saya akan rujuk dalam mesyuarat MMKN sebentar lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis serahan permit bazar Ramadan di Pusat Konvensyen MBSA, di sini, hari ini.

Sebelum ini, penduduk Orang Asli Sungai Kurau, Kuala Langat menyuarakan bantahan terhadap projek pembesaran pelabuhan yang didakwa boleh mengancam sumber pendapatan nelayan di kawasan berkenaan.

Kerajaan Selangor sebelum ini mengenal pasti hampir 1,700 hektar tanah pesisir dan luar pantai sebagai tapak utama projek Terminal Tiga, yang merupakan sebahagian daripada rancangan memperluas Pelabuhan Klang.

Disember tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan projek itu perlu dimulakan secepat mungkin, sambil memastikan hak Orang Asli, penduduk setempat, nelayan pesisir serta kelestarian ekosistem terus dilindungi.

Dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, Anwar berkata projek berkenaan yang dilihat sebagai peluasan besar kapasiti Pelabuhan Klang sudah tertangguh selama bertahun-tahun dan “tidak wajar ditunda lagi”.

Menurutnya, pemimpin di peringkat Persekutuan dan negeri sudah mencapai kata sepakat untuk menggerakkan projek tersebut sebagai pelaburan strategik yang mampu mengukuhkan daya saing ekonomi negara serta mewujudkan peluang baharu kepada komuniti setempat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619