ECRL mula operasi Januari 2027, Malaysia Rail Link sedia 2,000 tenaga kerja

10 Feb 2026, 2:36 PM
ECRL mula operasi Januari 2027, Malaysia Rail Link sedia 2,000 tenaga kerja

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Malaysia Rail Link Sdn Bhd sedang membuat persiapan bagi fasa selepas pembinaan dengan menyediakan tenaga kerja pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka bermula pada Januari 2027, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT).

Kementerian itu berkata secara keseluruhan, dianggarkan 2,000 tenaga kerja asas dan pakar diperlukan oleh syarikat pengendali berkenaan di sepanjang jajaran ECRL.

“Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja tersebut wajib diisi oleh warganegara Malaysia.

“Sejak projek pembinaan ECRL bermula, program pembangunan bakat tempatan giat dilaksanakan termasuk peluang latihan di luar negara,” kata MOT dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang dikeluarkan dalam laman sesawang Parlimen, hari ini.

Kementerian itu menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) mengenai bagaimana ECRL mengangkat ekonomi bandar sederhana seperti Temerloh dan peratus peluang pekerjaan tempatan yang disediakan.

Kata MOT, program pembangunan bakat membantu penduduk sekitar dari segi persediaan lonjakan ekonomi dan peluang pekerjaan terutamanya apabila projek ini memasuki fasa kemuncak pembinaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619