Wang ihsan: Kerajaan agih RM200 juta bantu mangsa bah tahun lepas

8 Feb 2026, 11:35 AM
Wang ihsan: Kerajaan agih RM200 juta bantu mangsa bah tahun lepas

KUALA NERUS, 8 FEB: Kerajaan Persekutuan mengagihkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) melibatkan peruntukan sebanyak RM200 juta kepada semua mangsa banjir di seluruh negara tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebanyak 97 peratus pembayaran BWI telah diagihkan manakala baki tiga peratus akan diselesaikan dalam masa kurang dari tiga bulan lagi.

“Lagi tiga peratus itu belum diagihkan berikutan terdapat sedikit permasalahan seperti dokumen yang tidak lengkap dan ia sedang dikemas kini oleh jawatankuasa bencana di peringkat daerah.

“Ia (bayaran) akan selesai tidak lebih dari tiga bulan apabila dokumen semua lengkap,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2026 dan Pelancaran Pelan Strategik KKDW Tahun 2026-2030 di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai penambahbaikan BWI termasuk meningkatkan jumlah bantuan dan memastikan mangsa banjir menerima wang tersebut ketika masih berada di pusat pemindahan sementara.

Beliau berkata dengan adanya BWI, mangsa banjir dapat segera membaiki kerosakan barangan dan peralatan di rumah mereka yang terjejas akibat bencana tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619