Nama KSU MITI disalah guna dalam skim pelaburan palsu di Telegram

7 Feb 2026, 12:21 AM
Nama KSU MITI disalah guna dalam skim pelaburan palsu di Telegram
Nama KSU MITI disalah guna dalam skim pelaburan palsu di Telegram

KUALA LUMPUR, 7 FEB: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan bahawa nama Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu, Datuk Hairil Yahri Yaacob, disalah guna dalam satu skim pelaburan palsu yang dikesan beroperasi melalui aplikasi Telegram.

Menurut MITI, skim berkenaan menggunakan nama saluran “Ministry of International Trade and Industry” bagi memperdaya pengguna media sosial dengan memberi gambaran seolah-olah mempunyai kaitan rasmi dengan kementerian tersebut.

“MITI menafikan sekeras-kerasnya sebarang penglibatan mana-mana pegawai kementerian dalam skim berkenaan atau sebarang skim pelaburan di mana-mana platform,” tegas kementerian itu menerusi satu unggahan di media sosial X.

Sehubungan itu, pengguna media sosial dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan mencurigakan, mengesahkan maklumat melalui saluran rasmi serta tidak berkongsi maklumat peribadi dengan pihak tidak dikenali.

“Sebarang aduan boleh disalurkan kepada pihak berkuasa atau melalui saluran rasmi MITI,” tambahnya lagi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619