Tahun Baharu Cina: Kerajaan laksana SHMMP, tawar diskaun tol

6 Feb 2026, 12:52 PM
Tahun Baharu Cina: Kerajaan laksana SHMMP, tawar diskaun tol
Tahun Baharu Cina: Kerajaan laksana SHMMP, tawar diskaun tol
Tahun Baharu Cina: Kerajaan laksana SHMMP, tawar diskaun tol
Tahun Baharu Cina: Kerajaan laksana SHMMP, tawar diskaun tol
Tahun Baharu Cina: Kerajaan laksana SHMMP, tawar diskaun tol

PUTRAJAYA, 6 FEB: Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol dan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena dengan Tahun Baharu Cina, sebagai inisiatif membantu mengurangkan beban rakyat pada musim perayaan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, berkata perincian mengenai perkara itu akan diumumkan Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam masa terdekat.

“Butiran penuh termasuk kelas kenderaan dan jumlah diskaun akan dimaklumkan KKR. Langkah ini bagi mengurangkan kos perjalanan rakyat yang ingin pulang ke kampung halaman.

“Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali telah memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa kerajaan akan melaksanakan SHMMP selama sembilan hari bermula dari 13 hingga 21 Februari,” katanya dalam sidang media mingguan di sini hari ini.

Fahmi berkata 16 jenis barangan disenaraikan di bawah pelaksanaan SHMMP Tahun Baharu Cina bertujuan memastikan kestabilan harga.

Pada masa sama, SHMMP dilaksanakan bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga barangan secara tidak munasabah, terutamanya pada musim perayaan.

Masyarakat Tionghua akan menyambut Tahun Baharu Cina pada 17 Februari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619