Tun M masih belum dibenarkan pulang, hanya 'outing' seketika

27 Jan 2026, 9:54 AM
Tun M masih belum dibenarkan pulang, hanya 'outing' seketika

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini dibawa keluar seketika untuk “outing” ke sebuah kafe di pusat beli belah Pavilion, Bukit Damansara.

Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff berkata Dr Mahathir dibawa keluar oleh pegawai perubatan IJN ke kafe itu dengan ditemani isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif IJN Prof Datuk Seri Dr Mohamed Ezani Md Taib dan menghabiskan masa selama 40 minit di situ.

“Tun Dr Mahathir memilih untuk menikmati segelas “ice chocolate” bagi “outing” pertamanya sejak dimasukkan ke IJN pada 6 Januari untuk rawatan dan pemulihan selepas terjatuh di kediamannya di The Mines, yang mengakibatkan tulang pinggul kanan beliau patah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sufi berkata Dr Mahathir kemudian dibawa semula ke IJN untuk terus menerima rawatan di institut perubatan itu dan masih belum dibenarkan pulang ke rumah.

Beliau berkata lawatan juga masih lagi terhad kepada keluarga terdekat sahaja.

Pemimpin berusia 100 tahun itu dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lepas selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya di The Mines, Seri Kembangan, dekat sini dan disahkan mengalami patah tulang pinggul kanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619