Pembangunan inklusif jadi keutamaan, Orang Asli Bukit Baja terus dibela

26 Jan 2026, 12:19 AM
Pembangunan inklusif jadi keutamaan, Orang Asli Bukit Baja terus dibela
Pembangunan inklusif jadi keutamaan, Orang Asli Bukit Baja terus dibela
Pembangunan inklusif jadi keutamaan, Orang Asli Bukit Baja terus dibela

SHAH ALAM, 26 JAN: Kerajaan Selangor menegaskan komitmen terhadap pembangunan inklusif dengan memastikan komuniti Orang Asli Kampung Bukit Baja terus diberi perhatian dan tidak dipinggirkan daripada arus pembangunan, kata EXCO Perumahan.

Datuk Borhan Aman Shah berkata pendekatan proaktif, berterusan dan bertanggungjawab diambil bagi menjaga kebajikan serta kesejahteraan komuniti berkenaan.

"Kebajikan dan kesejahteraan dijaga dengan pendekatan yang proaktif, berterusan dan bertanggungjawab," katanya pada Majlis Penyerahan Cek kepada 56 Ketua Isi Rumah Komuniti Orang Asli Kampung Bukit Baja (KOABB) di Galeri Jualan PKNS, Cyber Valley di Cyberjaya semalam.

Beliau berkata, tanah Orang Asli bukan sekadar aset fizikal, sebaliknya merupakan warisan yang sangat bernilai.

"Ia menjadi asas kehidupan, tempat berakar sejarah dan budaya serta lambang identiti komuniti yang perlu dihormati, dipelihara dan dipertahankan bersama," katanya.

EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah berucap pada Majlis Penyerahan Cek kepada 56 Ketua Isi Rumah Komuniti Orang Asli Kampung Bukit Baja (KOABB) di Galeri Jualan PKNS, Cyber Valley, Cyberjaya pada 25 Januari 2026. Foto Facebook EXCO Perumahan & Kebudayaan/Ahli Dewan Negeri Tanjong Sepat

Menurutnya, setiap dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri dirangka dengan mengambil kira kepentingan semua pihak agar tiada komuniti terpinggir, selaras peranan PKNS sebagai agensi pembangunan negeri.

Mengulas cadangan pembangunan di Kampung Bukit Baja, Borhan berkata Kerajaan Negeri bersama PKNS mengambil inisiatif menyediakan penempatan baharu yang lebih terancang dan selesa.

"Penyediaan tapak serta perancangan perumahan ini mengambil kira keperluan asas komuniti, keselamatan, keselesaan dan kesesuaian gaya hidup masa kini.

"Saya yakin segala pembangunan ini dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang dan piawaian terbaik.

“Perancangan ini dibuat secara teliti bagi memastikan penyelesaian adil, seimbang dan memberi manfaat jangka panjang,” katanya.

Selain perumahan, beliau berkata kemudahan asas termasuk sekolah, klinik kesihatan dan prasarana sokongan lain turut dirancang bagi meningkatkan kualiti hidup komuniti Orang Asli.

Beliau juga berkata kerjasama dan kepercayaan perlu terus diperkukuh bagi memastikan setiap usaha dilaksanakan secara adil serta memberi manfaat berpanjangan kepada generasi akan datang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619