MPKS gempur premis warga asing, tujuh perniagaan haram ditutup

23 Jan 2026, 1:54 PM
MPKS gempur premis warga asing, tujuh perniagaan haram ditutup
MPKS gempur premis warga asing, tujuh perniagaan haram ditutup
MPKS gempur premis warga asing, tujuh perniagaan haram ditutup

SHAH ALAM, 23 JAN: Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menggempur tujuh premis perniagaan yang dikendalikan warga asing di sekitar Puncak Alam, dekat sini kira-kira 9 pagi, semalam.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKS Mohamad Lutfi Mislah Hudin berkata operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) itu bertujuan mengekang aktiviti perniagaan yang tidak mematuhi syarat lesen dan peraturan.

“Operasi lebih lima jam itu dijalankan hasil risikan dan maklumat awam berhubung aktiviti perniagaan warga asing di kawasan berkenaan yang dipercayai telah beroperasi sejak lima bulan lepas.

“Sebanyak 10 premis telah disasarkan melibatkan pusat cuci kenderaan, kedai runcit serta kedai aksesori kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun hanya tujuh premis dapat diperiksa memandangkan tiga premis lagi telah ditutup dan pekerja mereka dipercayai telah melarikan diri bagi mengelak dikenakan tindakan.

Mohamad Lutfi berkata MPKS telah mengeluarkan 15 kompaun dan lima notis atas pelbagai kesalahan termasuk lesen perniagaan, iklan tanpa lesen, kebersihan premis dan halangan tempat awam.

“Premis diarahkan tutup serta-merta dan semua peralatan telah disita, selain beberapa lelaki warga asing turut ditahan atas kesalahan imigresen,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619