Aroma sata pengikat persahabatan dua insan

24 Jan 2026, 4:46 AM
Aroma sata pengikat persahabatan dua insan

Di sebalik kepantasan dunia moden dan kemudahan membeli sata siap masak di pasaran, dua sahabat, Lilyreha Aziz dan Azrinie Mohd Nor memilih menghasilkan makanan tradisi itu di rumah.

Dari pemilihan ikan segar, rempah wangi, hingga proses membalut menggunakan daun kelapa, mereka mengekalkan resipi turun-temurun keluarga sebelum dibakar hingga masak sempurna.

Sata panas itu dinikmati sambil berkongsi cerita dan gelak tawa, mengekalkan semangat persahabatan serta budaya tempatan.

Tradisi lama ini membuktikan, meskipun di era digital, rasa, kenangan dan ilmu warisan tetap menjadi pengikat hati generasi muda.

Jurugambar Adibah Izam merakam pembuatan sata yang memperlihatkan bukan hanya proses menghasilkan makanan, tetapi juga keindahan hubungan manusia dan warisan yang disambung dengan penuh kasih.

Antara bahan yang digunakan bagi proses pembuatan makanan tradisi sata. Pemilihan ikan segar, rempah wangi, hingga proses membalut menggunakan daun kelapa merupakan resipi turun-temurun keluarga.

Proses menyiang ikan untuk mendapatkan isi bagi membuat makanan tradisi sata.

Bahan kering seperti bawang serta halia dan kunyit di racik halus untuk membuat makanan tradisi sata.

Isi ikan ditumbuk ketika proses membuat sata.

Proses membuat makanan tradisi sata di Caledonia Bestari Jaya.

Lilireha Aziz memotong daun pisang untuk digunakan bagi membuat makanan tradisi sata.

Daun pisang dibasuh bagi memastikan kebersihan makanan tradisi sata.

Lilireha Aziz (kiri) dan Azrinie Mohd Nor membuat sata menggunakan resepi turun temurun keluarga di Caledonia Bestari Jaya.

Daun pisang disalai terlebih dahulu bagi membuat makanan tradisi sata.

Lilireha Aziz ketika proses membuat sata.

Lilireha Aziz membakar makanan tradisi sata di Caledonia Bestari Jaya.

Azrinie Mohd Nor menunjukkan makanan tradisi sata yang sudah siap dimasak di Caledonia Bestari Jaya.

Lilireha Aziz (kiri) dan Aziyah Mat din menikmati makanan tradisi sata di Caledonia Bestari Jaya. Sata panas itu dinikmati sambil berkongsi cerita dan gelak tawa, mengekalkan semangat persahabatan serta budaya tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619