Pemandu rempuh palang keselamatan Istana Negara ditahan

23 Jan 2026, 4:35 AM
Pemandu rempuh palang keselamatan Istana Negara ditahan

KUALA LUMPUR, 23 JAN: Seorang pemandu dipercayai mabuk ditahan selepas merempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kejadian berlaku pada 3.30 pagi ketika lelaki berusia 21 tahun itu memandu Toyota Vios dari arah Bukit Damansara.

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. Kemalangan menyebabkan kerosakan pada bahagian depan kereta dan bollard pole serta barrier gate,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata polis turut mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), merakam percakapan dan menjalankan ujian pernafasan pemandu dalam siasatan kejadian itu.

“Ujian mendapati kandungan alkohol dalam badan pemandu ialah 166 miligram per 100 mililiter darah, iaitu melebihi had dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata Pejabat Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan pemandu itu dituduh mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619