Bayaran STR Fasa 1 bermula hari ini

20 Jan 2026, 1:17 AM
Bayaran STR Fasa 1 bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Kerajaan MADANI hari ini mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Tahun 2026 melibatkan lima juta penerima.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia melibatkan 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan yang akan menerima antara RM100 hingga RM500, mengikut kelayakan masing-masing.

“Penambahbaikan kepada STR, yang kini disepadukan dengan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), memastikan golongan berkelayakan menerima bantuan yang lebih konsisten dan berkesinambungan dalam memenuhi keperluan asas,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata STR disediakan sebagai bantuan tambahan secara suku tahunan bagi memberi ruang kewangan pada waktu puncak seperti musim perayaan, manakala SARA berfungsi sebagai sokongan asas bulanan yang stabil.

Anwar berkata Kerajaan MADANI giat memastikan setiap rakyat dapat hidup bermaruah, tanpa ada yang terpinggir dalam mengharungi tekanan kos sara hidup.

“Saya berharap bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para penerima,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619