Hentikan ugutan terhadap keluarga Rex Tan, hormati proses undang-undang

18 Jan 2026, 1:10 PM
Hentikan ugutan terhadap keluarga Rex Tan, hormati proses undang-undang

SHAH ALAM, 18 JAN: Orang ramai diminta menghentikan sebarang ugutan di media sosial terhadap ahli keluarga bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan sedemikian tidak wajar dan hanya memburukkan keadaan, lapor Berita Harian.

Menurut beliau, kes berkenaan sedang disiasat dan orang ramai perlu memberi ruang kepada proses undang-undang.

“Jangan berlebih-lebihan atau menggunakan media sosial untuk menyampaikan ugutan. Perkara itu tidak membantu sesiapa.

“Kita perlu bergerak ke hadapan dan menghormati proses yang sedang berjalan,” katanya.

Beliau menegaskan, ugutan dan kata-kata kasar di media sosial hanya mengeruhkan keadaan serta boleh menjejaskan keselamatan pihak tidak bersalah.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memainkan peranan bagi memastikan keselamatan orang ramai sentiasa terpelihara, khususnya di Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan pelancong.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619