Amaran ribut petir empat negeri, Kuala Lumpur hingga 9 malam

17 Jan 2026, 10:23 AM
Amaran ribut petir empat negeri, Kuala Lumpur hingga 9 malam

SHAH ALAM, 17 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan empat negeri serta Kuala Lumpur sehingga 9 malam ini.

Di Selangor, amaran meliputi Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Manakala di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin. Seluruh negeri Melaka turut berada di bawah amaran sama.

Di Sabah pula, kawasan terlibat termasuk Tawau, Sandakan, Tongod, Telupid dan Kinabatangan.

MetMalaysia menegaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila hujan lebat melebihi 20 mm/jam dijangka berlaku hampir atau melebihi satu jam.

Setiap amaran jangka pendek ini hanya sah sehingga enam jam bagi satu keluaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619