Tingkat kemahiran, 10 asnaf terima latihan pembantu pergigian anjuran LZS

17 Jan 2026, 7:15 AM
Tingkat kemahiran, 10 asnaf terima latihan pembantu pergigian anjuran LZS
Tingkat kemahiran, 10 asnaf terima latihan pembantu pergigian anjuran LZS

SHAH ALAM, 17 JAN: Seramai 10 asnaf menerima latihan kemahiran profesional melalui Program Dental Surgery Assistant anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama TGCC PLT, sebagai usaha berterusan membantu golongan itu membina kerjaya dan keluar daripada kitaran kemiskinan.

Menurut LZS, inisiatif tersebut menjadi langkah penting dalam memperkasa masa depan asnaf, selaras dengan matlamat institusi itu untuk membangunkan kesejahteraan komuniti secara menyeluruh melalui peluang pendidikan dan pekerjaan yang mampan.

Program latihan intensif selama 10 hari itu memberi pendedahan serta kemahiran praktikal kepada peserta terpilih, sekali gus mempersiapkan mereka menghadapi cabaran dunia pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran dalam bidang profesional.

“Alhamdulillah, kesemua peserta yang menamatkan program ini berjaya ditawarkan pekerjaan dan telah menandatangani kontrak sebagai Pembantu Pergigian di rangkaian MyDental Care sejak awal Januari 2026.

“Semoga para asnaf kekal istiqamah, komited dan terus berkembang dalam kerjaya masing-masing,” menurut kenyataan LZS di Facebook.

LZS turut memaklumkan program berkenaan mencerminkan usaha berterusan institusi itu dalam membina potensi asnaf melalui pembangunan kemahiran praktikal berimpak tinggi, sekali gus menyumbang kepada pengukuhan kesejahteraan komuniti.

Tambahnya, penyediaan akses kepada latihan dan peluang pekerjaan bukan sahaja memperkasa bakat sedia ada dalam kalangan asnaf, malah memastikan mereka memperoleh peluang yang lebih setara dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619