Lebih 800,000 murid, pelajar mulakan sesi persekolahan baharu 2026

12 Jan 2026, 7:39 AM
Lebih 800,000 murid, pelajar mulakan sesi persekolahan baharu 2026
Lebih 800,000 murid, pelajar mulakan sesi persekolahan baharu 2026
Lebih 800,000 murid, pelajar mulakan sesi persekolahan baharu 2026
Lebih 800,000 murid, pelajar mulakan sesi persekolahan baharu 2026

SHAH ALAM, 12 JAN: Lebih 800,000 murid dan pelajar memulakan sesi persekolahan baharu bagi tahun ini, melibatkan kemasukan ke Tahun Satu dan Tingkatan Satu di seluruh negara.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata bagi tahun ini, lebih 400,000 murid mendaftar ke Tahun Satu manakala kira-kira lebih 400,000 berdaftar untuk Tingkatan Satu.

“Untuk Tahun Satu kita ada lebih 400,000, manakala Tingkatan Satu ada lebih kurang 400,000 pelajar. Jadi inilah anak-anak yang kita sambut pada tahun ini untuk Darjah Satu dan Tingkatan Satu,” katanya.

Beliau berkata dalam sidang media sempena hari pertama pembukaan sekolah bagi kalendar akademik sesi 2026 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ladang Regent Elmina di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Lau Weng San serta EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi.

Terdahulu, Fadhlina hadir ke SJKC Ladang Regent Elmina bagi meninjau hari pertama persekolahan sesi 2026.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata seramai 266 murid mendaftar di sekolah berkenaan, namun dijangka jumlah itu bertambah hingga 300 pelajar menjelang akhir bulan ini.

Tinjauan mendapati murid Tahun Satu kelihatan teruja untuk memulakan sesi persekolahan baharu, manakala kebanyakan ibu bapa hadir lebih awal untuk menghantar anak-anak.

Bagi akauntan Shirley Chei, 37, anaknya, Yeoh Zhen Yu, 7, sangat teruja menyediakan barang persekolahan sejak semalam.

“Ini merupakan pengalaman pertama menghantar anak ke sekolah dan sejak semalam dia sangat seronok untuk ke sekolah selepas bercuti panjang,” katanya.

Seorang lagi ibu, Hafiza Mohd Nor, 38, berkata anak perempuannya tidur awal kerana berasa gembira untuk memulakan sesi persekolahan baru.

“Sejak malam semalam dia tidur awal dan pagi ini pun dia yang paling teruja nak pergi sekolah,” katanya.

Anaknya, Nur Hanan Qisha Mohd Iskandar, 7, turut meluahkan rasa gembira sejak memulakan minggu orientasi dan bertemu rakan sekelas baharu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619