120 pelajar DUN Kota Kemuning terima bantuan persekolahan RM100

11 Jan 2026, 9:00 AM
120 pelajar DUN Kota Kemuning terima bantuan persekolahan RM100
120 pelajar DUN Kota Kemuning terima bantuan persekolahan RM100

SHAH ALAM, 11 JAN: Seramai 120 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning menerima bantuan wang tunai RM100 seorang menerusi program Kembali Ke Sekolah.

Wakil rakyat Kota Kemuning, S Preakas berkata, inisiatif tahunan itu bertujuan memastikan pelajar yang kurang berkemampuan tidak tercicir daripada pendidikan akibat kekangan kewangan.

“Kita tidak mahu ada anak-anak yang tidak ke sekolah hanya kerana tiada kelengkapan asas. Agenda pendidikan ini amat penting, sebab itu bantuan ini diadakan setiap tahun.

“Sekiranya ada keluarga yang memerlukan, datang sahaja ke pejabat. Kita akan bantu,” katanya ketika ditemui pada program tersebut hari ini.

Wakil rakyat Kota Kemuning, S Preakas. Foto Hanafi Mohamed/MEDIASELANGOR

Menurut beliau, bantuan disalurkan secara terus agar ibu bapa dapat membeli keperluan penting persekolahan mengikut keutamaan masing-masing.

Seorang ibu tunggal, J Sunita, 47, menyifatkan bantuan tersebut sangat membantu memandangkan beliau menanggung tiga anak yang masih bersekolah secara bersendirian sejak sembilan tahun lalu.

“Belanja sekolah makin meningkat, jadi bantuan ini amat membantu untuk beli keperluan sekolah anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Rohani Yahya, 44, pula bersyukur kerana ini kali kedua keluarganya menerima bantuan persekolahan.

“Saya tidak bekerja dan sepenuhnya bergantung kepada pendapatan suami. Dapatlah beli beg, baju dan alat tulis untuk tiga anak yang bersekolah,” katanya.

Bagi Rozana Othman, 44, beliau gembira kerana buat kali pertama permohonan bantuan persekolahannya diluluskan selepas tidak berjaya tahun lalu.

“Suami saya pemandu lori, dan dengan kos kelengkapan sekolah semakin tinggi, memang tak mampu beli semua serentak. Jadi bantuan ini sangat bermakna,” jelasnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619