Pasangan panda gergasi baharu tingkat tarikan pelancongan Selangor

10 Jan 2026, 10:13 AM
Pasangan panda gergasi baharu tingkat tarikan pelancongan Selangor

SHAH ALAM, 10 JAN: Selangor berbangga menjadi tuan rumah inisiatif konservasi antarabangsa dengan kehadiran pasangan panda gergasi baharu baharu, Chen Xing (jantan) dan Xiao Yue (betina) dari China.

Dato’ Menteri Besar berkata kehadiran pasangan panda itu, hasil kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan China Wildlife Conservation Association (CWCA), bakal merancakkan sektor pelancongan negeri, khususnya menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Chen Xing dan Xiao Yue bukan sekadar menambah seri Zoo Negara, malah menjadi simbol keutuhan hubungan diplomatik 50 tahun antara Malaysia dan Republik Rakyat China.

"Saya amat berbangga Selangor terus menjadi tuan rumah inisiatif konservasi antarabangsa yang signifikan ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Pagi tadi, beliau mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara, bagi menyaksikan pengenalan rasmi Chen Xing dan Xiao Yue.

Dalam majlis berkenaan, Anwar mengumumkan peruntukan tambahan RM5 juta kepada Zoo Negara untuk pengurusan dan penyelenggaraan tahun ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619