PSM jamin isu bumbung bocor di Axiata Arena tidak berulang

3 Jan 2026, 4:35 AM
PSM jamin isu bumbung bocor di Axiata Arena tidak berulang

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi jaminan masalah bumbung bocor atau titisan air yang berlaku ketika kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil sebelum ini tidak akan berulang tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM Ilyas Jamil berkata proses penggantian bumbung lama di venue berkenaan sudah siap sepenuhnya, dan beberapa ujian telah dijalankan menjelang kejohanan Terbuka Malaysia 2026 pada Selasa depan.

“Kerja-kerja baik pulih bumbung sudah selesai, cuma yang berlaku ketika Masters Malaysia tahun lepas, adalah disebabkan masalah kondensasi. Kita sudah ambil langkah sewajarnya untuk memastikan masalah tersebut tidak berulang.

“Kita dah buat ujian beberapa minggu lepas dan kita jangka masalah sama tidak akan berlaku tahun ini,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Pada tahun lepas, bumbung Axiata Arena bocor ketika saingan pusingan pertama Terbuka Malaysia 2025 menyebakan titisan air masuk ke venue berkenaan, sekali gus menyebabkan beberapa perlawanan sedang berlangsung terpaksa dihentikan seketika.

Masalah sama turut berlaku ketika saingan Masters Malaysia namun kali ini bukan disebabkan kebocoran bumbung sebaliknya berpunca daripada masalah pemeluwapan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619