NASIONAL

Hari Keselamatan Internet 2019 dilancarkan

13 Feb 2019, 9:24 AM
Hari Keselamatan Internet 2019 dilancarkan

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUTRAJAYA, 13 FEB: CyberSecurity Malaysia dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melancarkan sambutan Hari Keselamatan Internet (SID) 2019 - Edisi Malaysia, hari ini.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith itu diadakan di perkarangan pejabat KKMM.

Eddin berkata, sambutan SID kali ini bertemakan Kesejahteraan Siber dengan memfokuskan kepada kesihatan digital dan etiket digital.

"Mengikut kajian seramai 35 peratus pengguna remaja mengalami ketagihan internet dengan menggunakan masa enam ke tujuh jam sehari menggunakan internet.

"Ini satu perkara yang tidak sihat di mana ini mendorong kita menumpukan kepada kesihatan internet dan etiket internet itu sendiri," katanya pada sidang media di majlis pelancaran itu.

Eddin berkata, isu ketagihan dan penyalahgunaan internet memberi kesan kepada pelbagai masalah terhadap remaja seperti rabun penglihatan, masalah psikologi dan lain-lain.

Katanya, kegagalan mengawal isu ini akan memberi kesan kepada perkembangan modal insan di negara ini.

Pada sambutan kali ini, beberapa program diaturkan seperti kempen 'MyDigitalH20' (Health To Others) yang melambangkan keperluan internet dalam urusan kehidupan.

Selain kempen 'MyDigitalH2O', penyebaran mesej berkaitan kesihatan digital dan etiket digital turut dijalankan di rangkaian media sosial.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619