JPJ Selangor sita lori lebih muatan, LKM tamat tempoh

31 Dis 2025, 7:35 AM
JPJ Selangor sita lori lebih muatan, LKM tamat tempoh

SHAH ALAM, 31 DIS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menyita sebuah lori selepas didapati membawa muatan melebihi had dibenarkan sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya dalam satu operasi penguatkuasaan.

JPJ Selangor dalam kenyataan memaklumkan lori berkenaan melakukan beberapa kesalahan utama termasuk gagal mempamerkan salinan lesen pengendali, tidak mematuhi spesifikasi pembinaan kenderaan serta membawa muatan tidak mengikut syarat permit.

"Kesalahan lain yang dikesan ke atas kenderaan ini adalah membawa barang selain syarat permit dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

"JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan," katanya menerusi Facebook.

Menurut kenyataan itu lagi, Lesen Kenderaan Motor (LKM) lori terbabit juga didapati telah tamat tempoh.

JPJ Selangor menegaskan pihaknya akan terus memastikan pematuhan undang-undang jalan raya melalui pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi menjamin keselamatan pengguna serta integriti sistem pengangkutan awam.

Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang jalan raya melalui saluran rasmi termasuk e-mel aduantrafik@jpj.gov.my atau aplikasi e-aduan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619