Tanah mendap, Jalan Kertau-Kuala Wau ditutup sementara kepada kenderaan berat

30 Dis 2025, 12:05 AM
Tanah mendap, Jalan Kertau-Kuala Wau ditutup sementara kepada kenderaan berat

KUANTAN, 29 DIS: Jalan Kertau-Kuala Wau di Chenor, dekat Maran ditutup sementara kepada kenderaan berat susulan kejadian mendapan tanah di Kampung Peijing, Chenor hari ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dalam hantaran di Facebook memaklumkan mendapan tanah dan pergerakan pada bahagian pembentungan asas menyebabkan kerosakan jalan sepanjang kira-kira 30 meter.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) kini sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan di lokasi terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

“Buat masa ini, laluan sehala masih boleh dilalui kenderaan ringan, namun kenderaan berat adalah dilarang melalui kawasan itu sehingga kerja pembaikan selesai,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan terbabit dan digalakkan menggunakan laluan alternatif Chenor-Gambang-Chini jika perlu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619