Polis bawa suspek ke lokasi penemuan mayat wanita dalam beg

22 Dis 2025, 1:20 PM
Polis bawa suspek ke lokasi penemuan mayat wanita dalam beg

SHAH ALAM, 22 DIS: Polis membawa suspek utama kes penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Pedas, dekat Rembau, bagi melengkapkan bukti siasatan.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata tindakan itu dilakukan bagi memastikan siasatan dapat diselesaikan dengan menyeluruh sebelum pertuduhan dikemukakan, lapor Berita Harian.

“Buat masa ini siasatan masih berjalan dan kami mahu memastikan tiada kelompongan dalam kertas siasatan sebelum pertuduhan dibuat.

“Suspek dibawa ke lokasi kejadian untuk melengkapkan bukti sebelum kes diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri. Tiada sebarang rampasan dibuat di lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz yang dipercayai membawa suspek lelaki berusia 51 tahun itu dilihat memasuki kawasan kejadian kira-kira jam 7.30 malam sebelum beredar sekitar jam 8.15 malam.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dipercayai diiringi anggota polis sepanjang berada di lokasi.

Mengulas lanjut, Muhammad Idzam berkata keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) lazimnya mengambil masa antara dua hingga tiga bulan.

Bagaimanapun, beliau berkata polis berusaha meneruskan pendakwaan walaupun tanpa keputusan DNA, berdasarkan pengakuan suspek serta hasil siasatan yang diperoleh.

“Ini kes berprofil tinggi dan mendapat perhatian ramai. Namun laporan DNA masih diperlukan untuk mengukuhkan pertuduhan,” katanya.

Menurut beliau, setakat ini tiada tangkapan lain dibuat dan siasatan masih tertumpu kepada suspek utama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619