Banjir: Bekalan elektrik di Kuantan pulih sepenuhnya

20 Dis 2025, 11:51 AM
Banjir: Bekalan elektrik di Kuantan pulih sepenuhnya

KUANTAN, 20 DIS: Bekalan tenaga elektrik di kawasan yang terjejas akibat banjir di sekitar Kuantan telah pulih sepenuhnya.

Tenaga Nasional Berhad dalam hantaran menerusi media sosial turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama yang diberi sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan.

“Kesabaran anda amat dihargai,” menurut hantaran itu.

Terdahulu, TNB memaklumkan pada peringkat awal, enam hingga lapan pencawang terpaksa ditutup susulan kejadian banjir sejak 17 Dis lepas yang melibatkan kawasan Sri Damai, Inderapura, Mat Kilau dan Taman Guru.

Hantaran itu turut memaklumkan jumlah pencawang terjejas bagaimanapun semakin berkurang, dan setakat 11 malam semalam, hanya pencawang Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) masih belum menerima bekalan elektrik sepenuhnya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619