Program Literasi Undang-Undang bantu pemohon tiada MyKad lebih 20 tahun

19 Dis 2025, 11:01 AM
Program Literasi Undang-Undang bantu pemohon tiada MyKad lebih 20 tahun
Program Literasi Undang-Undang bantu pemohon tiada MyKad lebih 20 tahun
Program Literasi Undang-Undang bantu pemohon tiada MyKad lebih 20 tahun

PETALING JAYA, 19 DIS: Program Literasi Undang-Undang: Isu Kewarganegaraan di daerah Petaling Jaya membantu pemohon yang menunggu lebih 20 tahun untuk mendapatkan kad pengenalan, khususnya golongan muda dan kanak-kanak tanpa kad pengenalan serta surat beranak.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, program itu dilaksanakan secara berterusan bagi membantu individu termasuk golongan muda dan kanak-kanak yang tercicir daripada sistem dokumentasi negara.

“Program ini memberi pendedahan tentang hak serta proses undang-undang kewarganegaraan supaya pemohon tahu laluan betul dan tidak terus tercicir,” katanya ditemui di Dewan Serbaguna Taman Dato' Hormat di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berucap dalam Program Literasi Undang-Undang: Isu Kewarganegaraan di daerah Petaling di Dewan PJS 10/34, Taman Dato' Hormat pada 19 Disember 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Beliau berkata, sepanjang tempoh tiga tahun, Pusat Khidmat Parlimen Petaling Jaya menerima 85 permohonan berkaitan kewarganegaraan dengan 23 individu berjaya memperoleh MyKad manakala 62 permohonan masih menunggu keputusan.

Sementara itu, seramai 130 orang mendaftar melalui dalam talian untuk hadir program terbabit.

Menurutnya, terdapat pemohon yang telah memohon lebih 20 tahun namun masih gagal memperoleh kad pengenalan walaupun lahir di Malaysia dan layak melalui saluran sah.

Katanya, antara cabaran utama ialah permohonan yang ditolak tanpa justifikasi jelas sehingga menyukarkan pemohon membuat penambahbaikan atau tindakan susulan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri mempermudah dan mempercepatkan proses permohonan selaras persetujuan di bawah Kerajaan Perpaduan untuk memendekkan tempoh kepada setahun, sambil menegaskan isu kewarganegaraan adalah isu kemanusiaan, bukan politik.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berbual bersama orang ramai dalam Program Literasi Undang-Undang: Isu Kewarganegaraan di daerah Petaling di Dewan PJS 10/34, Taman Dato' Hormat pada 19 Disember 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619