Janin bayi ditemui dalam lori sampah alami kecederaan serius – Polis

12 Dis 2025, 3:57 AM
Janin bayi ditemui dalam lori sampah alami kecederaan serius – Polis

KUALA LUMPUR, 12 DIS: Janin bayi yang ditemukan dalam sebuah lori sampah di Bukit Jalil, Cheras, dekat sini semalam, mengalami beberapa kecederaan serius pada tubuh.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata janin lelaki berusia kira-kira 25 minggu sepanjang 35 sentimeter itu mengalami kecederaan pada perut selain tengkorak kepala pecah dan tali pusat putus.

“Setakat ini empat individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, polis mengesahkan penemuan janin bayi itu oleh seorang pekerja sebuah syarikat pengurusan alam sekitar semasa memunggah sampah ke dalam lori pada 12.30 tengah hari.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkannya mati selepas dilahirkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619