Tourism Selangor latih 50 lagi pemandu pelancong komuniti tahun hadapan

12 Dis 2025, 2:00 AM
Tourism Selangor latih 50 lagi pemandu pelancong komuniti tahun hadapan
Tourism Selangor latih 50 lagi pemandu pelancong komuniti tahun hadapan
Tourism Selangor latih 50 lagi pemandu pelancong komuniti tahun hadapan
Tourism Selangor latih 50 lagi pemandu pelancong komuniti tahun hadapan

SHAH ALAM, 12 DIS: Program latihan komuniti pemandu pelancong anjuran Tourism Selangor bakal diperluaskan ke daerah Gombak dan Hulu Selangor tahun depan dengan pengambilan kumpulan baharu seramai 50 peserta.

Ketua pegawai eksekutif Tourism Selangor berkata peluasan itu susulan kejayaan pelaksanaan fasa pertama membabitkan 49 pemandu pelancong komuniti di Sabak Bernam dan Kuala Selangor yang menerima sambutan menggalakkan.

Menurut Chua Yee Ling, latihan di Gombak juga seiring usaha Kerajaan Negeri untuk menempatkan Taman Geologi Gombak–Hulu Langat dalam senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling ditemu bual Media Selangor selepas forum ‘Building a Resilient Future: Green Technology’ sempena Minggu Selangor di Pavilion Malaysia bersempena World Expo 2025 Osaka di Jepun, pada 7 Mei 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Kita mahu pemandu pelancong yang dilatih di Gombak mampu membawa naratif geologi dengan lebih mendalam, sekali gus menjadikan penceritaan mereka lebih menyeluruh dan berkesan,” katanya dalam temu bual bersama Media Selangor.

Yee Ling menjelaskan rangkaian komuniti di Sabak Bernam dan Kuala Selangor kini menjadi model ekosistem baik apabila pemandu pelancong saling bekerjasama setiap kali menerima kunjungan rombongan dan bas pelancong.

“Mereka saling mengesyorkan perkhidmatan sesama sendiri dan ini mewujudkan ekosistem pemanduan yang sihat serta mampan,” katanya.

Kumpulan pertama seramai 49 peserta dari kedua-dua daerah itu telah menamatkan latihan tiga bulan dan diraikan pada majlis graduasi pada 4 November lalu yang disempurnakan EXCO Pelancongan Dato’ Ng Sze Han.

Program latihan pemandu pelancong komuniti tersebut dianjurkan Tourism Selangor dengan pengiktirafan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Kurikulumnya merangkumi empat modul utama:

  • pemetaan aset warisan

  • teknik interpretasi dan penceritaan

  • pengurusan layanan pelancong

  • pembangunan profesional berterusan

Inisiatif berkenaan memberi penekanan kepada peningkatan profesionalisme, kemahiran naratif budaya serta penyampaian nilai pelancongan setempat secara lebih berkesan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619