Tiga Ahli Lembaga Pengarah Media Selangor dikurnia Darjah Kebesaran Selangor

11 Dis 2025, 6:37 AM
Tiga Ahli Lembaga Pengarah Media Selangor dikurnia Darjah Kebesaran Selangor
Tiga Ahli Lembaga Pengarah Media Selangor dikurnia Darjah Kebesaran Selangor
Tiga Ahli Lembaga Pengarah Media Selangor dikurnia Darjah Kebesaran Selangor

KLANG, 11 DIS: Tiga Ahli Lembaga Pengarah Media Selangor Sdn Bhd (Media Selangor) hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Selangor sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Sultan Selangor berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato’ atau Datin Paduka kepada Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Haniff Zainal Abidin.

Sementara itu, Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor dikurniakan Darjah Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.).

Mereka merupakan antara 98 individu yang menerima darjah dan bintang kebesaran pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah hari ini.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Kerajaan Negeri menerima 2,449 pencalonan tahun ini, termasuk 955 pencalonan untuk Darjah dan Bintang Kebesaran serta 1,494 pencalonan untuk Pingat-Pingat Negeri Selangor.

Kesemua 98 penerima darjah dan bintang kebesaran telah melepasi tiga tapisan utama, iaitu Polis Diraja Malaysia (keselamatan dan jenayah), Jabatan Insolvensi Malaysia, dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619