Miliki fasiliti sukan lengkap, Jojo lihat potensi Selangor kembangkan muay thai

9 Dis 2025, 1:50 PM
Miliki fasiliti sukan lengkap, Jojo lihat potensi Selangor kembangkan muay thai
Miliki fasiliti sukan lengkap, Jojo lihat potensi Selangor kembangkan muay thai
Miliki fasiliti sukan lengkap, Jojo lihat potensi Selangor kembangkan muay thai

SHAH ALAM, 9 DIS: Fasiliti dan kemudahan sukan lengkap di Selangor menarik perhatian atlet muay thai Johan Ghazali atau Jojo untuk menjadikan negeri ini sebagai hab mengembangkan sukan terbabit.

Menurut EXCO Sukan Najwan Halimi, Jojo yang kini menjalani latihan sepenuh masa di Thailand menjelaskan potensi Selangor untuk memperkasakan sukan itu, malah menawarkan diri sebagai jurucakap program berkaitan.

“Antara perkara disuarakan Johan adalah kekangan membangunkan sukan ini di Malaysia sama ada fasiliti, kerja latihan. Jadi antara cadangan Johan kepada Kerajaan Negeri adalah kenal pasti lokasi atau tapak untuk jadikan hab atau pusat latihan atlet muay thai.

“Sekarang kita ramai atlet berpotensi tapi hanya bergerak di peringkat kelab masing-masing atau gim komuniti berskala kecil. Belum ada haba besar untuk melatih,” katanya ditemui pada majlis penutup Program GROW dan GROW PLUS yang berlangsung di ibu pejabat PKNS di sini hari ini.

Berikutan itu, Najwan berkata pihaknya akan mempertimbang cadang akan terbabit selain merancang langkah seterusnya tahun depan bagi memastikan sukan yang sudah mendapat tempat di hati penduduk negara ini terus berkembang.

“Peranan Johan ini penting kerana dia menunjukkan stigma muay thai bukan lagi sukan kombat, kompetitif dan menggalakkan keganasan atau elemen gangster. Johan bawa sukan ini sebagai medan membina jati diri, disiplin.

“Kalau kena caranya, latihan yang betul, disiplin, mungkin boleh jadi atlet yang dihormati dan juga boleh berjaya dalam karier. Insya-Allah kita cuba lihat peluang dan potensi yang ada untuk bangunkan ekosistem sukan ini,” katanya.

Semalam, Najwan menerusi Facebook memuat naik beberapa gambar pertemuan bersama Johan selain memaklumkan Kerajaan Selangor sedia menjalin kerjasama strategik bersama atlet muay thai profesional bagi memperkasa pembangunan sukan tersebut di peringkat negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619